Belog Ohsem: Jenayah

Jom selongkar

Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Awas! Peringatan Buat Semua Wanita


Aku baca satu notes dari wall fesbuk yang dikongsikan oleh kawan aku. Jom baca dan sebarkan kepada semua supaya lebih berhati-hati di masa hadapan.

Hal ini berlaku di KL.. Sila ambil perhatian kpd sume kgkwn ku..
by Makio Maki on Saturday, January 9, 2010 at 2:36pm

Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga.

Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya.


Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya.

Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.


P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri.

Sumber: rapesexualabuse.blogspot.com

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.




Monday, August 30, 2010

Perompak Tanda pada Rumah Sebelum Buat Kerja


Email yang aku terima menyatakan perompak sekarang ada strategi baru untuk melakukan kegiatan pecah rumah dengan membuat simbol/tanda/remark pada rumah sebagai rujukan. Tiba-tiba aku teringat perompak dalam cerita P. Ramlee - 3 Abdul. Eh, 3 Abdul ke?

Heh. Nampaknya bukanlah taktik baru tetapi kemungkinan besar depa dok mengaplikasikan ilmu dalam cerita lagenda ini untuk kegiatan tak senonoh tersebut. Betapa kuatnya pengaruh filem kan? Ada baik dan buruknya yang tersendiri.

Ini adalah tanda-tanda yang mungkin digunakan untuk buat simbol/tanda/remark pada rumah yang dijadikan sasaran mereka.

Makna simbol:
  • [+] atau [-] bemaksud pemilik tidak di rumah di siang hari/malam
  • [Θ] bermaksud tinggal sendirian atau menyewa
  • [...] bermaksud tinggal 3 orang ahli keluarga
  • [√] rumah pernah dirompak sebelum ini
  • [*] bermaksud sasaran
  • [X] bermaksud bukan sasaran, tidak selamat
Kalau ada tanda-tanda pelik pada dinding atau mana-mana bahagian rumah anda baik laporkan kepada polis sebab kes ini telahpun diberitakan dalam akhbar tempatan berbahasa Cina.

Geng nuffies atau blogger yang faham berita ini meh tolong translate boleh?Aku takat sapa 'ni hao ma' bolehlah. Hee. Surat khabar apa tak pula dihabaq yang penting keluaran dari negara kitalah.

Sumber: pointriderrepublican.typepad.com

Oleh itu berwaspadalah wahai sekalian manusia, lagi pulak hari raya dah nak tiba yang tak sampai 2 minggu sahaja lagi. Sama-samalah kita menjaga keselamatan diri, harta benda dan minta jauhlah segala bahaya dan bencana. Sebarkan kepada kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat untuk peringatan bersama.

Guna taktik keji untuk kepentingan diri sendiri. Menyampah!




Sunday, July 25, 2010

E-mail Meragukan dari Atiqah


3 hari lepas aku ada terima e-mail yang agak pelik bin ajaib bagi aku. Tujuan e-mail ini di hantar memang dah tau dah tapi apa yang menariknya adalah nama si pengirim e-mail. Meh cekidout apa yang aku maksudkan melalui print screen di bawah:

Klik untuk kejelasan imej.

Penghantar e-mail ini memperkenalkan dirinya sebagar Nor Atiqah bt Zainudin yang bertugas di Gems dan GLAM Company di England. Dalam kepala otak sudah teringatkan sahabat aku Atiqah yang sedang menuntut di UTP. Dah lama tak dengar khabar dak kenit tu. Hee.

4 perkara meragukan yang ketara dalam email ini:

1. Cuba perhatikan nama pada perenggan pertama dan di akhir surat. Mula-mula Nor Atiqah lepas tu tukar pula ke Nur Atiqah di penghujung email. Takkan nama sendiri pun lupa kot?

2. Undisclosed recepient. Kalau email biasa akan ada perkataan 'atiqah atiqah to me' di atas email menandakan yang ia memang dihantar untuk aku.

3. Awal-awal lagi cik gugel sudah sumbat surat elektronik ini dalam kotak spam. Kuang..kuang..kuang.

4. Nak minta bantuan aku untuk habaq pada pengarah syarikat kata aku boleh tolong supply produk syarikat beliau. Amboi senangnya kerja aku, guna modal air liur je.

Setelah membaca isi kandungan surat ini dan memahamkan segala tok naduk ayat yang ada, aku buat kesimpulan bahawa ini adalah salah satu email dari sindiket penipuan dengan cara baru yang sangat berbahaya. Mungkin inilah keburukan laman sosial seperti facebook, myspace, twitter dan sebagainya. Mereka kaji siapa kita dan gunakan maklumat yang ada untuk memanipulasi pemikiran kita.

Inilah sebabnya kita tidak digalakkan untuk letak segala maklumat peribadi yang sebenar mengenai laman sosial. Kalau anda terima e-mail dan apa yang dia habaq semua betul tentang diri kita, kemungkinan untuk percaya bulat-bulat adalah tinggi. Betul tak?

Sebagai peringatan bersama, jika menerima email atau surat seperti ini kaji dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan atau anda yang akan terima padahnya. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Jangan mudah terpedaya dengan individu yang tidak dikenali.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Malam Nisfu Syaaban yang Penuh Berkat : "Alhamdulillah, umur kita dipanjangkan untuk bertemu hari2 yg mulia lg... " - Ichigo Miro



Friday, July 16, 2010

Abang Polis ada Mesej untuk si Gadis


Kejadian rogol semakin menjadi-jadi sekarang ni. Dah macam menjadi trend masa kini pula. Pelbagai cara atau taktik digunakan untuk memerangkap mangsa rogol dan salah satunya adalah dengan menggunakan bahan-bahan di sekitar kita yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian.

Sumber gambar dari sini.

Coca-cola adalah minuman kegemaran ramai orang di seluruh dunia. Ajinomoto pula menjadi pilihan para isteri untuk menjadikan makanan lebih sedap bagi menambat hati suami. Apakah kaitan antara 2 produk ternama ini? Jangan tak tahu bahawa jika dua elemen ini dicampurkan akan menjadi sesuatu yang boleh memudaratkan.

Mungkin ramai yang pernah dapat e-mail ini berkurun yang lalu tetapi aku rasa terpanggil untuk kongsikan bersama readers R4T kerana ada juga yang belum tahu mengenainya. Mengikut isi surat elektronik tersebut, ia dihantar oleh polis sebagai peringatan kepada gadis-gadis dan mak gadis.

Meh cekidout petikan daripada email tersebut yang aku kopipes:

AMARAN DARI TUAN BELOG:
DO YOU KNOW ? Coke & Ajinomoto Can be Used To Rape Ladies

I received a news about the recent tactic used to spike girls' drink. It is a cheap and widely used method. This method was used in Canny Ong murder. Rapist uses this method. Coca-cola & ajinomoto/monosodium glutamate is a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim. This mixture is poisonous if used too often on the victim.

Please send this to all your female friends, sisters, & your loved ones and ask them to beware.

DO NOT accept coca-cola or any other drinks from stranger / even if it is your friend that you are not very close with.

Regards,
Hishamuddin Alias ( ASP )
Jabatan Siasatan Jenayah Berat
IPK Kuala Lumpur

Kekanda pun selalu pesan dekat aku jangan terima apa-apa pun dari orang yang tidak dikenali kerana perbuatan itu mungkin akan mengundang padah kepada diri sendiri. Beringatlah sebelum kena dan jangan lupa sampaikan kepada semua wanita yang anda sayangi.

Kenapa manusia menjadi semakin kejam?

Blog Pilihan Hari Ini
kenwooi.com

Entri Nuffnang Menjawab tentang Advertorial Campaign : "1k traffic? so hard to get that.. but if you know the Nuffnang people well, you can get the advertorial when less than 1k.. i know a few bloggers are like that.. =)" - Ken



Sunday, June 13, 2010

Kerana Piala Dunia Perut Ditembus Peluru


Berita agak menakutkan buat individu yang suka melepak di mamak / kedai makan untuk menonton Piala Dunia secara langsung. Ikuti petikan artikel dari myMetro dan klik baca lagi untuk berita penuh.


Polis sedang menjalankan siasatan. Sumber: myMetro

PETALING JAYA: Kehangatan Piala Dunia yang bermula malam kelmarin memberi peluang keemasan kepada seorang pembunuh untuk menembak mati seorang pelayan restoran ketika beberapa pelanggan di situ asyik menonton siaran langsung kejohanan bola sepak di televisyen.

Dalam kejadian berhampiran Kota Damansara itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang menuju ke hostelnya yang terletak hanya dua unit dari premis tempatnya bekerja sebelum dihampiri suspek yang lengkap memakai topi keledar bertutup penuh, dipercayai menunggu kedatangannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Abd Razak Elias berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari premis bersebelahan lokasi mangsa dibunuh, suspek dipercayai menunggu mangsa di laluan tangga menuju ke hostel.
[Baca lagi]


Adeh. Kenapalah manusia semakin kejam? Sudah tidak ada hati perut lagi agaknya. Nyawa manusia seperti sudah tidak bernilai lagi di mata penjenayah-penjenayah. Setiap kali aku sebut penjenayah mesti aku terfikir mereka ini tidak ada hati perutkah? Ketika membunuh, merompak, meragut adakah mereka sengaja melakukannya?

Kalau kita tengok rancangan dokumentasi di televisyen yang menemuramah penghuni penjara, kebanyakannya melakukan jenayah kerana terpaksa ataupun tanpa niat. Ada juga yang dituduh melakukan jenayah kerana dianiaya oleh manusia yang busuk hati. Mungkin betul kata mereka tapi aku nak sangat dengar apa penjelasan dari mulut penjenayah yang memang sengaja melakukannya. Bukan seperti mereka yang ditemuramah oleh pihak media.

Ada tak agaknya dokumentasi seperti ini. Kalau tidak ada, mungkin aku boleh cadangkan kepada wartawan-wartawan mengenai hal ini. Jika ada wartawan yang baca blog aku ini bolehlah pertimbangkan ye. Hee. Perasan lebih la kau Kie-yu ada wartawan nak baca belog kau.

Gambar hiasan pinjam dari sini.

Sekarang ini di kawasan aku boleh dikatakan setiap hari ada sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis. Biasanya kalau ada sekatan polis mesti ada kes ala-ala gerak khas kat televisyen tu. Betul tak pendapat aku ini wahai abang-abang dan kakak-kakak polis sekalian? Kalau salah tolong betulkan ;)

Aku jadi takut walaupun berada di rumah sendiri sebab sudah macam-macam kes yang aku dengar. Terbaru, ingat lagi tak aku cerita pasal nenek yang peramah? Semasa berbual-bual dia ada memberitahu yang seorang pekerja telah diragut dan dicederakan semasa menunggu bas untuk ke tempat kerja di awal pagi. Mintak dijauhkanlah perkara macam ini.

Berbalik kepada berita di myMetro, pelayan restoran malang itu memang telah diperhatikan dan tunggu masa untuk dibunuh. Adakah suspek itu salah seorang kumpulan ah long? Ataupun seseorang yang menyimpan dendam kepada mangsa? Macam-macam boleh jadi kan.

Apa-apapun, kita tidak boleh buat spekulasi kerana kes ini sedang dalam siasatan polis. Apa yang aku paparkan di sini sekadar meluahkan apa yang ada di akal fikiran. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.


Aku rasa Malaysia semakin tak selamat sekarang. Setuju tak?



Sunday, April 18, 2010

Buat baik berpada-pada di Midvalley Megamall


Baiklah murid-murid, peribahasa pilihan untuk hari ini:
'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'.

Setiap kali otak ligat nak cari idea untuk entri baru, mesti peribahasa yang keluar mencurah-curah ke ladang gandum. Nak kata baca buku contoh soalan SPM malam tadi, tak jugak. Takkan tersampuk pulak kn. Ouh! Nehi. Nehi.

Dah tu anggap je lah blog aku ni menyokong kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Ada kena mengena ke tak tolak tepi dulu.

Ish3. Sudah. Sudah. Mari pulang ke pangkal jalan.

Semasa menjalankan misi menyelongkar peti surat Yahoo! tadi, aku terjumpa satu e-mail yang macam best untuk dikongsi bersama. Sila baca, fahami, renung-renungkan dan selamat beramal. Eh, jangan lupa sebar-sebarkan sekali ye.

***************

Al-kisah (toiyiibbbbbb) ada seorang wanita cun melecun sibuk mengedarkan risalah di luar Midvalley Megamall dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat lelah. Biarlah aku namakan beliau sebagai Halimah Jongang. Halimah bukan mengedar risalah Avon tetapi risalah mengenai amaran berjaga-jaga kepada semua pengunjung MM. Apa yang terkandung adalah pengalaman hitam legam Halimah yang membuatkan timbulnya kesedaran untuk menyelamatkan wanita-wanita lain. Baguskan beliau ni. *tepuk tangan kuat-kuat*

Midvalley Megamall - [http://images.google.com]

Sehari sebelum itu, Halimah yang baru sahaja selesai berbelanja terkejut beruk apabila melihat tayar keretanya bocor di tempat letak kereta. Beliau mengambil keputusan untuk menggantikan tayar dan mula mengeluarkan alatan dari bonet kereta. Tiba-tiba, (jeng..jeng..jeng) ada seorang lelaki berpakaian kemas yang lagaknya seperti ahli perniagaan kaya raya membawa sebuah beg bimbit telah menyapa Halimah dengan menawarkan bantuan kepadanya. Halimah menerima pelawaan itu dan berasa lega kerana ada yang sudi menolong. Mereka berbual-bual sambil lelaki itu menukar tayar keretanya.

Dipendekkan cerita, setelah mengucapkan terima kasih Halimah masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah. Lelaki itu meminta bantuan Halimah untuk menghantarnya ke kereta yang diletakkan di kawasan berhampiran. Alasannya kerana beliau sudah terlambat untuk menghadiri mesyuarat penting di pejabat. Halimah rasa kurang selesa dengan permintaan itu tetapi tidak sampai hati untuk menolaknya. Yelah, orang dah tolong takkan nak buat dek pula kan? Mungkin ini yang difikirkan Halimah.

Beliau mendapat akal lalu menyuruh lelaki itu tunggu di dalam kereta dengan alasan terlupa untuk membeli sesuatu. Dia berjanji tidak akan mengambil masa yang lama. Halimah berjalan lintang pukang pergi mencari pegawai keselamatan dan melaporkan kejadian itu. Apabila Halimah dan pegawai itu sampai di keretanya, lelaki itu telah tiada dan tertinggal beg bimbitnya di dalam kereta.

Halimah segera menuju ke balai polis untuk memulangkan beg bimbit milik lelaki tersebut. Semasa polis membuka beg untuk mencari pengenalan diri lelaki itu, mereka menjumpai tali, tape dan pisau di dalamnya yang disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah. Terkejut beruk Halimah sekali lagi apabila polis memberitahu yang tayar keretanya sengaja dipancitkan. Walaupun terkejut beruk beberapa kali beliau rasa sangat bersyukur kerana terselamat dari kejadian yang tak diingini. Tammat~

Diadaptasi & diubahsuai dari e-mail Yahoo!


***************

Aku rasa korang pun boleh fikir kesimpulannya. Zaman sekarang sangat bahaya kalau berbuat baik dengan orang yang tak tentu pasal. Tak semestinya kat Midvalley Megamall, kat mana-mana pun sama. Buktinya dalam bas pun dah pasang CCTV. Bukan nak kata semua rakyat Malaysia jahat, cuma segelintir sahaja. Sama-samalah kita menjaga keselamatan diri masing-masing terutamanya kaum hawa.


Tak tolong rasa kesian, dah tolong kesian diri sendiri pula kena tipu. Hadui. dui. dui.