Belog Ohsem

Jom selongkar

Saturday, October 2, 2010

Video Malaikat Satu Penipuan


Kes ni dah lama jadi tapi baru harini teringat nak update. Sudah nyanyuk ke hapa aku ni? Kesian.


Ekceli entri aku tentang Video Kemunculan Malaikat Di atas Kaabah mendapat liputan meluas 1 Malaysia juga ke negara jiran (Singapura dan Indonesia). *perasan kejap* Dah ramai yang baca atau lebih tepat lagi tengok video tu sebab aku tak tulis banyak pada entri tersebut. Dalam banyak-banyak yang tengok ada satu Hamba Allah dari Singapura menegur aku tentang video tersebut.

Masa Hamba Allah tersebut komen aku masih guna intensedebate, jadi lepas guna semula comment box blogspot habis semua komen hilang. Nasib baik aku tak delete e-mail yang depa hantar ni. Eh, dah baca belum? Kalau belum pergi kelik gambar tu cepat. Nanti tak faham pulak cerita aku.

Cara Hamba Allah ni komen seperti aku percaya bulat-bulat video karut tersebut. Ekceli, bersama-sama video itu aku ada kopipes komen negatif dan positif dari orang ramai yang tengok video tu. Tujuan aku post video tersebut bukan suruh readers R4T percaya tapi fikir-fikirkan.


Meh baca berita lengkap dari Harian Metro dan ulasan dari blogger Penyubiru mengenai isu ini. Kelik link biru kat atas nuu. Harap ianya dapat menjernihkan keadaan. *macam teruk nau je bunyi*

Yang baik jadikan teladan ye kawan-kawan.


Friday, October 1, 2010

Blog Mereka Best


Sebelum cuti Hari Raya lepas ada seorang cik adik manis tag satu gambar ke wall fesbuk aku. Gambar ini bukan gambar untuk jual shawl atau jual perfume atau jual baju raya atau..eh! banyaknya ATAU.


Nak tengok tak gambar apa yang telah membuatkan seluar aku hampir koyak? Kita kembali ke Sri Pentas. Zasss...

Cik adik manis cakap belog aku best? Disenaraikan pula bersama blogger-blogger ummpph tak boleh lawan seperti yang u ols boleh tengok dalam gambar:

Joegrimjow susah nak eja | Zack Zukhairi | Fida Aisyah yang cun melecun

Terasa sangat kerdil ok walaupun gambar yang aku dah edit tu tak menggambarkan perasaaan sebenar. Hee.


Disebabkan aku godeh-godeh fesbuk dia tak jumpa URL belog, maka aku nak tepek link fesbuk dia. Jom kita serang ramai-ramai. Hee.

Oh ye, nama cik adik manis ialah
Puteri Sulaihah Rozali. Dia sangat mahir buat greetings lukis pakai tangan sendiri dan hasilnya adalah sangat comel!

Cik adik manis Ptri Rozali, saya mahu link belog kamu (jika ada). Terima kasih kerana buat aku sengih sampai ke telinga. I u. Hee. *over*

Ada orang sayang ada orang tak sayang. Yang tak sayang pergi main jauh-jauh.