Aku belikan cik SE sebuah cover plastik sepasang dengan kekanda tapi berbeza model bulan lepas. Kalau pakai cover plastik ni melekat kat body handphone maka kebarangkalian untuk kehilangannya adalah rendah. Sebelum ni pinjam kekanda punya pouch comel dan SE dia pulak yang berbogel. Dia tak kisah. Berkorban apa sajalah katakan. Hee.
Sumber : http://www.lelong.com.my/Lebih kurang ginilah pouch comel itu. Setelah beberapa kali hampir kehilangan benda alah tu, aku buat keputusan nak pakaikan plastik je kat body SE tu. Habeh cerita.
Err..
Tak habeh cerita lagi rupanya. Bila dah melekat plastik kat body masalah lain pulak yang datang. Ini semua disebabkan kelalaian aku semasa membeli kerana ada sesuatu hal yang aku terlepas pandang. Tapi dah terbeli dengan harga murah untuk 2 set jadi hilang sikit rasa terkilan.

Nak tau apa kelemahan benda alah ini? Kelemahannya ialah ketebalan dan kelubangan yang kurang tepat yang menyebabkan aku kena bukak katup bila nak charging atau guna kabel USB. Kalau dah berapa kali buka katup haruslah jahanam slider kat tepi tu. Dah longgar satu hal. Jadi tak senonoh jugak akhirnya. Huh!
Pengajaran yang boleh dipelajari ialah:
Sila pastikan ukuran dan keadaan cover plastik handphone yang bakal dibeli adalah sama dan tidak menyusahkan diri sendiri. Cuba dan belek sehingga berpuas hati di tahap maksima.