Belog Ohsem: Hari Ini Dalam Sejarah

Jom selongkar

Showing posts with label Hari Ini Dalam Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Hari Ini Dalam Sejarah. Show all posts

Monday, November 8, 2010

Selamat Ulangtahun ke 115 Encik X-Ray!


Encik X-Ray dah berumur 115 tahun rupanya. *ceh! macam kawan rapat nau je statement* Blogger yang nak gugel gambar buat modal entri hari ini mesti dah jumpa berita ni pagi-pagi buta tadi kan?


Sumber: google.com '115th Anniversary of the Discovery of X-rays'

Lawa design google gitu tapi kalau tengok lama-lama macam seram pun ada. Kalau u ols nak tahu apa-apa pasal x-ray picit saja logo google itu. Aku dah jampikan suruh bawak ke link-link yang sepatutnya. Keliklah! Apa tunggu lagi. Hee.

Taknak kelik takpe, aku bagi snapshot sikit pasal anniversary ni.

X-Rays 115th Birthday

Last Updated: November 8, 2010 at 12:43 am
By Jim T Johnes


Hand with Rings, Wilhelm Röntgen's first "medical" X-ray, of his wife's hand, taken on 22 December 1895


On November 8, 1895 the x-Rays have been invented by the German physics professor Wilhelm Conrad Röntgen.

X-rays are a form of electromagnetic radiation. They basically penetrate solid matter and are used to make the inside contents of objects visible.

It is commonly believed that X-rays are not visible, but they are actually faintly visible to the dark-adapted naked eye. [Baca lagi]

Cerita pasal x-ray ni aku ingat lagi masa nak masuk UiTM dulu kena buat medical check up. Kiranya itulah pertama kali aku meng-x ray segala tulang belulang dalam badan ni. Aku buat kat klinik swasta sebab tinggal seminggu je nak daftar, ni semua pasal surat tawaran lambat sampai ke peti pos rumah den.

Misi tu suruh buka seluar baju dan aku punya nerd tak tanggalkan hok yang dalam-dalam. Malu woh! Misi tu masuk semula dan senyum tengok aku sambil kata 'bukak semua ye dik!' Heee. OMG! Im naked! Ok, aku tipu. Ada pakai baju pelastik klinik yang ala-ala see through tapi tak through. Paham?


Mak minum anleane untuk jaga tulang beliau.






Friday, August 27, 2010

Kini 53 Tahun Sudah Malaysia Merdeka


Dolu-dolu masa sekolah, bila nak tiba 31 Ogos cikgu mesti buat macam-macam acara diadakan untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan. Pertandingan cipta sajak, pertandingan lukis bendera Malaysia,
pertandingan memasak, kuiz sejarah dan sebagainya.

Tahun ini pun mesti sama jugakan? Soalan popular untuk kuiz mesti ditanya apa tema hari kemerdekaan. Kengkadang bukan tanya hok tahun ini tapi yang tahun-tahun lepas punya. Moh kita imbas apa tema hari merdeka dari tahun 1970 hingga 2010:

TAHUN
TEMA
1970
Muhibah dan Perpaduan
1971
Masyarakat Progresif
1972
Masyarakat Adil
1973
Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975
Masyarakat Berdikari
1976
Ketahanan Rakyat
1977
20 Tahun Bersatu Maju
1978
Kebudayaan Seni Perpaduan
1979
Bersatu Berdisiplin
1980
Berdisiplin Berbakti
1981
Berdisiplin Berharmoni
1982
Berdisiplin Giat Maju
1983
Bersama ke Arah Kemajuan
1984
Amanah Asas Kejayaan
1985
Nasionalisme Teras Perpaduan
1986
Bangsa Tegas Negara Teguh
1987
Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989
Bersatu
1990
Berjaya
1991
Wawasan 2020
1992
Wawasan Asas Kejayaan
1993
Bersatu Menuju Wawasan
1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995
Jatidiri Penggerak Wawasan
1996
Budaya Penentu Kecapaian
1997
Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998
Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999
Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006
Keranamu Malaysia
2007
Malaysiaku Gemilang
2008
Perpaduan Teras Kejayaan
2009
1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010
1Malaysia Menjana Tranformasi

Logo Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 53 (2010)

sumber: pmr.penerangan.gov.my

Punya berjela senarai tema hari merdeka, ini menunjukkan yang kita sudah lama hidup dengan aman damai di negara tercinta ini. Tahun 2010 genap 53 tahun Malaysia menyambut hari bersejarah setelah banyak peristiwa pahit manis yang tok nenek kita dah lalui untuk mendapatkan kebebasan. Kita sebagai generasi muda janganlah sia-siakan usaha mereka sebaliknya memeliharanya sebaik mungkin.

Sumber: skkgm.pkgssu.com

Aku anak bekas askar maka darah patriotik tu dok mengalir laju dalam diri. Itu yang keluar entri semangat semacam. Hee. Pada pemerhatian aku rakyat Malaysia tahun ini macam kurang semangat nak sambut Hari Merdeka. Almaklumlah tahun 2010 ini bertembung dua sambutan yang memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Tak sampai 2 minggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Patutlah!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53!