Belog Ohsem: Gosip Artis Luar Negara

Jom selongkar

Showing posts with label Gosip Artis Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Gosip Artis Luar Negara. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Selebriti Antarabangsa - Dulu Lain Sekarang Lain

Sumber: flickr.com

Selamat pagi u ols! Ini entri pagi Isnin yang biru :) Moh kita tengok gambar-gambar artis dulu dan sekarang buat modal ambil mood sebelum kerja/pergi kuliah.



Jennifer Aniston - Salah seorang awek dalam siri TV popular F.R.I.E.N.D.S. Masa muda-muda nampak suci murni gitu. Lepas jadi artis lebih glam dan nampak kurus sikit kan? Muka buat cari makan woh! Kenalah jaga.


Arnold Schwarzenegger - atau aku lebih suka sebut nama dia sebagai Arnold-susah-nak-eja. Badan ketak ketak masa muda. Sekarang ketak lagi ke idok wallahualam. Takkan nak suruh aku selak baju dia kot. Walau apapun mantain kacak bergaya beliau ni dulu dan sekarang kan?

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:


riwayathariku

Gnesop kongsi tentang program untuk jana trafik blog. Cekidout yaw! :)
.......................................................................................................................


Wednesday, September 29, 2010

Mariah Carey Jatuh atas Stage??


Alahai kesiannya cik kak Mariah
Kari Carey ni. Aku dengar berita kat era.fm petang tadi terus buat entri untuk u ols. Hee. Kepoci tak?


Sumber: http://www.nydailynews.com

Gambau menunjukkan kak Mariah terjatuh kerana pakai stilettos semasa buat persembahan untuk Singapore Grand Prix. Katanya dia tengah pregnantkan anak kepada pakcik Nick Cannon. Harap-harap tiada apa kesan kepada kandungannya.

Nah baca berita omputih:

The diva has landed - on her tush.

Mariah Carey was in the midst of performing on stage for the Singapore Grand Prix on Sunday when she took a tumble. After the 40-year-old singer's back-up dancers came to her aid - hauling her up by her arms - she joked, "I did that on purpose!"

A few seconds later, Carey stopped the song and waved over her assistant to remove her stilettos. Misunderstanding, the woman emerged from back stage with a bottle of water.

Mimi proceeded to wag her finger in her assistant's face and pointed out her stilettos as she kept singing her 1992 hit "Make It Happen."

Lepas kejadian itu, kak Mariah sempat tweet:

"TY SO much to my fans in Singapore!!!," "Yeah, several hectic moments, (lol!) but I tried to swirl them into festive!.Love + God Bless"

Baca lagi: Masa google gambar makcik ni manjang jumpa gambau seksi meksi ya amat!

Wednesday, August 18, 2010

Cerita Terbaru Ariel Peterpan & Luna Maya


Rasanya satu dunia sudah kecoh mengenai kes video lucah Ariel Peterpan dan Luna Maya terutamanya di negara-negara yang mempunyai ramai penduduk beragama Islam. Hal gini sensitif woh!

Kalau di negara barat tak laku la gossip macam ini sebab mereka lagi advance. Haip, bulan Ramadhan ni tak payah tanya advance tang mana, sia-sia je nanti berlapar satu hari.


Masa cerita tengah hot aku memang sengaja tak mahu ulas kes itu, sekadar mengambil tahu secara senyap dari blog lain. Apa certia gamaknya 2 artis popular dari tanah seberang ni sekarang ye?

Mengikut hasil penjelajahan di sumber-sumber yang boleh dipercayai, mereka dikhabarkan akan bernikah untuk mengubah persepsi masyarakat dan mungkin juga nak bersihkan nama mereka. Dan yang menariknya mereka akan dinikahkan di lokap kerana Ariel masih lagi dalam tahanan. Petikan artikel dari mymetro 23 Julai 2010:

******************************

JAKARTA: Pihak berkuasa mungkin menikahkan Ariel Peterpan dengan seorang daripada pasangan ranjangnya, Luna Maya, untuk mengubah imej dan persepsi masyarakat terhadap mereka. Menurut sumber, pernikahan itu mungkin boleh diadakan di bilik lokap polis Indonesia yang kini menjadi tempat Ariel ditahan.

Sumber itu yang terbabit dalam siasatan kes penyebaran video lucah Ariel berkata, pihaknya juga terfikir untuk menyatukan pasangan terbabit secara sah. [baca lagi]

******************************

Cerita tentang Ariel di lokap heboh dicanang sana-sini tetapi kisah Luna Maya ditahan kurang mendapat perhatian. Kenapa eh macam tu? Rupa-rupanya geng sekatil Ariel itu pun senasib dengannya kerana telah ditahan pada pertengahan Julai lalu. Berita ini aku dapat dari metrotvnews.com. Betul ke idok, wallahualam.

Heh. Sapa punya kerjalah edit gambar Luna macam ni. Lawa benau mekap nak duduk dalam lokap. Ini mungkin gara-gara search gambar Luna Maya dalam lokap tak dapat. Yelah, gambar Ariel dah ramai dok tayang dalam belog masing-masing.

Maaf tiada link untuk dapatkan video itu di sini. Kalau nak cari sendiri sebab aku takmoh sponsor dosa u ols bulan-bulan posa ni. Carilah video tu kalau rasa pahala dah banyak sangat. Pesanan pedas tapi tegas dari aku.

TO ALL ARIEL PETERPAN & LUNA MAYA SUPPORTERS: Don't get butt hurt so easy. This is we called gossip! Peace.
Ini entri ada makna. Hee.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Payment untuk Mystery Shopper Sudah Masyuk! : "yunk..sis pun buat untuk yang telekomunikasi tu..pegi kedai2 henpon kan..tapi belum start lagi..tengah tunggu call.. " - honeyamour