Belog Ohsem: Cintan-Cintun

Jom selongkar

Showing posts with label Cintan-Cintun. Show all posts
Showing posts with label Cintan-Cintun. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

30 Perkara yang Wanita Tidak Sempat Beritahu Lelaki


30 Perkara Perempuan Tak Sempat Beritahu Lelaki.....

by Cik Mas Mona on Saturday, August 28, 2010 at 6:06pm

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Agreed 100%. Aku pun berpendapat yang sama. U ols?

<< NANG kalau suka! Tqvm :)



Friday, September 17, 2010

Hari 17 - Cinta Kenduri Kahwin




Ekceli aku dah pernah buat cerita ni kat belog lama tapi bila cari balik nak kopipes boleh hilang pulak. Hampagas betul!

AMARAN! ENTRI INI AGAK GELI-GELI..

Meh la aku recap semula saat mula-mula hati ini dicuri oleh kekanda. Ekceli aku bertemu jodoh dengan beliau di satu tempat yang agak meriah. Ye! Aku dah taip terang-terang kat tajuk entri, KENDURI KAHWIN.

Orang lain sibuk bertemu jodoh, aku pun tak ketinggalan tapi bezanya aku baru bertemu. Heee.
Betullah kata orang kalau dah jodoh tak kemana. Masa tu aku tengoh solo-molo lagi. Adalah dua tiga ketul yang dok mengayat tapi sumpah aku tak hingin. Setakat layan sebagai kawan tu bolehlah tapi nak lebih-lebih memang takde feel langsung.

Sampailah satu hari aku dapat jemputan ke majlis perkahwinan abang kepada kawan praktikal aku yang kebetulan tak jauh dari rumah. Aku datang dengan BFF kesayangan cik mango. Hujan lebat tak hingat masa tu, perut pulak boleh bergendang macam tak makan setahun. Aku pun sebat jelah segala makanan yang ada tanpa segan silu. Gila buruk punya perangai. Serius!

Tanpa disedari kekanda yang masa tu belum jadi kekanda memandang aku dari jauh rupanya. Tiba-tiba datang si kawan menyampaikan salam dari seorang kawan kakaknya. (Kekanda lah tu. Hee) Aku boo layan sebab tengah konsentret menghabiskan isi pinggan. Sebelum balik si dia sempat singgah ke meja aku dan cik mango sengih-sengih. Comel gila.

Malam tu terus dapat call dari dia, bergayutlah dua ketul manusia santak ke malam. Yang buat aku tertarik hati untuk sembang panjang dengan dia adalah peel selambanya. Aku tanya siapa,dia terus direct sebut nama betul. "Tuut" katanya. Satu perkataan tu terus buat aku jatuh gedebuk gedebik sama dia.

Woh, kalau mamat lain yang konon-konon romantik siap suruh teka lah, bagi nama Ben Affleck lah, macam-macam lagi buat aku rasa nak lempang berdas-das.
Aku jamin korang pun mesti malas nak layan manusia pesen ni kan?

Mulai dari malam tu memang tak senyaplah talipon bimbit dengan sms, call dari dia. Satu lagi yang bestnya pasal dia ni melawak memang tahap tak masuk akal punya. Kepala pun agak biol macam aku jugak. Itu pasallah serasi kot?

Akhirnya..

1 TAHUN, 6 BULAN
Gambar konon-konon romantik. Hee.

Wednesday, August 18, 2010

5 Petanda Awek Syok Sama Lu


Fakta : Perempuan SANGAT SUKA dengan lelaki yang gentleman. Setuju tak wahai kaum hawa sekalian ?


Meh aku nak bagi tips untuk jejaka yang pertama kali nak cuba nasib mengambil hati wanita idaman yang dok usha lama dah. Tapi awas tips ini hanya menjadi kepada lelaki yang betul-betul 'gentleman' sahaja. U ols yang malu-malu tu tak kemana la jawabnya. Heee.

5 petanda baik yang si dia tunjukkan semasa pertemuan pertama (kebiasaanya sewaktu makan malam):

1. Perhatikan postur kepala si dia semasa borak-borak. Kalau lebih kurang gini gayanya (rujuk gambar) maknanya dia sangat selesa dengan u ols. Ala-ala manja gitu. Tak kiralah kiri ke kanan, mana-mana arah pun tak kisah. Kemungkinan besar ada pertemuan kedua sebab dia nak mengenali u ols dengan lebih rapat. Kalau dah sejak azali perempuan tu teleng lain kes ye bang.

2. Cuba perhatikan juga masa dok hirup air, si dia ikut ke tidak tindakan u ols tu. Tengah sedap hirup mushroom sup ada tak dia buat sama. Kalau jawapannya ya, tak syak lagi dia pun sudah tangkap cintan sama u ols. Apabila seseorang perempuan itu tertarik pada lelaki secara tak sengaja dia akan meniru gaya lelaki tersebut. Magik kan?

3. Masa tengah bersembang, tangan si dia syok dok gentel rambut sendiri. Hah! Petanda baik tu. Kalau nak tau dia buat gitu saja nak tarik perhatian u ols. Kalau dah sampai tersimpul jari dengan rambut tu maknanya dia betul-betul sudah tangkap cintan tu. Hee. Untuk awek yang bertudung mungkin tang ni dikecualikan. Takkan nak gentel tudung pula kan. Macam tak senonoh je.

4. Muka dok merah-merah bila dipuji. Ini pun salah satu petanda yang baik. Bila perempuan tu tertarik kepada lelaki, darah akan laju berdesup ke muka. Itu pasallah blushing semacam. Kadang kalau dah syok sangat boleh terjangkit ke bibir atau kelopak matanya. Serius ni weh!

5. Anak matanya dibesarkan semasa bercakap dengan u ols. Bukan jegil biji mata tau, tak sama tu. Tindakan ini bertujuan untuk menerima lebih banyak lagi kata-kata manis dari u ols. Jadi apalagi, pujilah dia dengan seikhlasnya. Jangan tipu tau, dosa.

Artikel diolah dari : yahoo.match.com

Semoga berjaya ye para jejaka sekalian. Hee.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Cerita Terbaru Ariel Peterpan & Luna Maya : "cam le bila dah nikah tu bley cover salah silap maksiat tu... hadoi lah..." - cutemummy


Sunday, August 8, 2010

Cara Memenangi Hati Wanita


Entri tentang hati belum pernah wujud di sini. Hari ini dalam sejarah R4T. Baca dan hayati terutama kepada kaum lelaki.

  1. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
  2. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
  3. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
  4. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan kemudian baru bertanya apakah yang hendak buat.
  5. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
  6. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
  7. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
  8. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
  9. Sekiranya perasaan anda telah reda, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
  10. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda berikan perhatian sepenuhnya.
  11. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
  12. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.
  13. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
  14. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahinya. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
  15. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
  16. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
  17. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
  18. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
  19. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
  20. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
  21. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
  22. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
  23. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
  24. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
  25. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

Aku nak tanyakan pendapat tak kiralah kepada lelaki atau perempuan, dalam 25 perkara yang disenaraikan adakah susah untuk diamalkan dengan tujuan untuk menjaga sesebuah perhubungan?

Dan jika ada blogger lelaki yang ingin membuat entri balas tentang permintaan hati lelaki, sangat dialu-alukan sebab aku pun nak tahu juga tentang ini.

Berat sangatkah permintaan hati seorang wanita?

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Video Mohd Khairuddin untuk Mama : "da tengok smlam vid ni.. ehehe... tp mmg roxx la mak udin ni.." - luvida