Belog Ohsem: Cashout

Jom selongkar

Showing posts with label Cashout. Show all posts
Showing posts with label Cashout. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Cek kedua Nuffnang Bakal Tiba. Yippi!


Selamat hari Selasa u ols :))

Sumber: myspaceanimations.com

Pagi tadi masa godeh peti surat maya terselit satu email dari HSBC. Hoh! Mula-mula takut jugak nak buka takut spam or virus. Kalau email dari Maybank tu memang dah bersepah dalam spam box. Memang silap peti dia hantar sebab kekanda aku staf sana jadi kalau ada email gitu on the spot boleh tanya fake ke tidak.

Email tersebut berbunyi:

From:
"HSBC Advising Service" advising.service.405593418.240454.144103794@mail.hsbcnet.hsbc.com

To:
e*****@yahoo.co.uk

Payment Advice - Advice Ref:[GB3029497551] / In-country cashier's order (COS) / Customer Ref:[1008361]

Dear Sir/Madam,

The attached payment advice is issued at the request of our customer. The advice is for your reference only.

Yours faithfully,
Global Payments and Cash Management
HSBC

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:


herneenazir

Sinopsis slot samarinda terbaru di TV3 - Ayoub dari Hernee Nazir. Jom baca :)
.......................................................................................................................


Wednesday, September 15, 2010

Kenangan Terindah: Cek Pertama Nuffnang


Ini bukan entri jakun, jauh sekali nak menunjuk-nunjuk. Ini adalah entri yang ditepek sebagai kenangan terindah juga pedoman kepada diri sendiri bahawa segala jerit payah bloggers yang telah berjaya adalah bermula dengan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. *konon-konon aku dah berjaya macam RM nanti boleh selak-selak entri lama lalu terjumpa entri ini dengan perasaan touching-macing*



Ekceli rasa jakun itu memang membuak-buak bila terlihat sampul surat berisi cek HSBC dari Nuffnang ini. First time weh! Tak salah nak jakun kan? kan? Hee. Akhirnya mengaku pun jakun.

Kalau u ols tenung sebelah RM sana nampak sangatlah hanya beberapa angka sahaja TETAPI Alhamdulilah! rezeki aku masih ada bersama Nuffnang walaupun separuh jalan terhenti seketika. Tak sampai 3 bulan sambung aktiviti blogging aku dapat buat cashout yang pertama.

Secalit kenangan lalu *sambil sengih sorang-sorang*:
  1. Mac 2009 mula berdaftar di bawah Nuffnang
  2. Pertengahan 2009 hingga awal 2010 sunyi sepi dari alam maya
  3. 17 April 2010 mula aktif semula dengan akiviti blogging
  4. 27 Julai 2010 tekan butang cashout buat kali pertama
  5. 7 September 2010 cek yang dinanti selamat tiba. Weehu!
Sekarang tengah tunggu untuk cashout kali kedua pula. Berangan nak cashout sebelum raya tetapi nampaknya buffered nak duduk lama di R4T. Mungkin kali ini angka sebelah RM akan bertambah. Lepas raya ini pun ada 1 buffered baru sudah melekat di leaderboard.

Terima kasih daun keladi + berjuta-juta lemon kepada Nuffnang, readers, pengunjung, tukang kelik iklan, klien VIP R4T dan u ols yang sentiasa menyokong R4T. I love u ols!!

Mood raya masih membara masa menaip entri gumbira ini. Hee.




Sunday, August 29, 2010

Cashout ke-2 Sebelum Raya


Cek untuk
cashout pertama mungkin dalam perjalanan, setelah lebih kurang setahun bersama Nuffnang dapat juga merasa rezeki dari R4T dan belog lama. Ini semua gara-gara hilang sekejap di dunia blogging, kalau tidak mungkin sudah 3,4 kali juga aku cashout. Hee. Macam bagus je ayat!

Sumber: tekkaus.com

Alhamdulilah, rezeki bersama R4T ini sangat murah kerana dalam masa 3 bulan aktif semula dalam dunia blogging aku sudah boleh tekan butang cashout. Nilai RM itu hal kedua, yang pertama ialah kepuasan (satisfaction) dengan usaha yang selama ini dilakukan telah menampakkan hasil walaupun tak segah mana angkanya.

Berkat usaha selepas cashout pertama pada 27 Julai lalu sehingga hari ini 29 Ogos, kemungkinan aku akan buat cashout kedua sebelum hujung bulan ini jika tiada aral melintang. Nilai yang ada sekarang seperti dalam gambau di atas belum termasuk 3 buffered earning yang masih berjalan.

Angka selepas RM itu sangat bermakna buat blogger yang baru nak hidup seperti aku walaupun mungkin ada yang berbisik 'banyak tu pun nak kecoh! . Ini juga menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan mencapai impian aku.


Terima kasih daun keladi kepada semua blogger yang sudi berkunjung ke R4T menyumbang trafik dan setinggi penghargaan buat u ols yang klik iklan yang muncul di sini. Mungkin aku tak mampu nak balas budi baik u ols tetapi setiap kebaikan pasti akan dibalas baik.

Tiada niat nak membangga diri, sekadar catatan memori untuk masa depan.




Tuesday, August 17, 2010

Feedback dari Robb tentang RM2 Bayaran Transaksi Cashout Nuffnang


Perhatian kepada semua Nuffangers sekalian alam!!


Merujuk kepada entri Bayaran Transaksi untuk Cashout Dah Naik! semalam, di sini aku nak habaq satu pengumuman penting. Ekceli tiada apa-apa kenaikan untuk bayaran transaksi tersebut dan apa yang aku dok kepoci semalam adalah salah faham semata-mata. Diulangi TIADA KENAIKAN berlaku untuk cashout Nuffnang ye sedara-sedari sekalian.

Eh! Ini bukan gimik tapi kisah benar. Rupa-rupanya RM $2 yang aku tengok semalam adalah typo yang tidak disengajakan oleh pihak Nuffnang. U ols boleh refer pada entri Bayaran Transaksi untuk Cashout Dah Naik! dan baca sendiri komen dari Robb Chew. Tak pun tengok je print screen bawah ni haa..

Klik kasi gedabak

Robb Chew

Hi Kie-yu,

There was a typo in our system when we revamped the page recently. The transaction fee remains at RM1 and not RM2. We're rectifying this right away.

We apologize for the confusion caused.

Blogger Relations
Nuffnang Sdn Bhd
My recent post Nuffnang Premiere Screening – Resident Evil - Afterlife 3D

Agak teruja baca komen dari Robb pagi tadi. Hee. Insiden ini menunjukkan betapa prihatinnya pihak Nuffnang kepada kita. Selama ini aku hantar tiket ke
Help Desk support pun tunggu sekejap saja dah dapat reply. Ini baru dikatakan Cepat & betul. Ye dok?

By the way, thanks Robb for the feedback! Cheers.

Tadi lepas check earnings, statement cenonet di bawah itu sudah bertukar . Typo telah dibetulkan dan kembali ke RM1 seperti sediakala. Semua sudah boleh tidur nyenyak malam ini.

Klik kasi gedabak

Di sini juga aku nak minta maaf sebab kasi u ols gelabah semacam. Bukan niat aku nak bikin kontroversi tapi hanya nak clarify tentang hal ini. Minta jasa baik kepada u ols untuk hebahkan tentang entri ini jika ada blogger yang masih dok buat entri pasal RM2 ini ye. Mekaseh.

Semakin hari semakin sayang sama Nuffnang. Anda bagaimana? Hee.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Bila Tinta Berbicara Menang RM20 : "Haha...Tahniah! " - Rabia Sensei




Monday, August 16, 2010

Bayaran Transaksi untuk Cashout Nuffnang Dah Naik!


Ehem. Aku tak tahu u ols dah lama perasan ke tidak pasal ni. Yang penting aku baru nampak semalam masa dok ziarah cik BE di rumahnya. Terkezutt mak bila tengok :


Klik kasi gedabak.

[Please note that a transaction fee of RM $2 will be applied to any cash out payments.
Please also allow about 30 days from the end of the month for your payment to be processed and sent.]

Hoh. Nampak tak sedara sedari sekalian.. Dari RM1 telah naik ke RM2 untuk bayaran transaksi bila mau cashout. Tak percaya lagi? Sila buka akaun Nuffnang masing-masing dan tengok sendiri. Hee.

Secara peribadinya aku tak kisah pun naik RM1 sebab seperti yang sedia maklum dah ada lebih kurang 100,000 blog yang dok tepek iklan NN. Kerja banyak woh nak buat, nanti bayar lambat ada je yang bising ye dok? Naik sikit apa salahnya.


Eleh kau. Kata tak kisah tapi terkezutt jugakkan? Hee. Memangla aku terkejut beruk mak yeh sikit. Lagi-lagi tang $$$ ni. Bohonglah sapa tak rasa apa-apa bila ada perubahan pada NN kan. Positif atau negatif perasaan itu terpulang pada individu. Rambut sama hitam, hati lain-lain apa?

Jadi untuk meleraikan persoalan yang bermain di minda ni sesiapa tolong jawab soalan cepu emas dari aku yang terkejut. Aku terlepas kereta api ke ? Ada tak Nuffnang hantar e-mail atau publish entri tapi aku yang tak tau? Meh habaq sket. Mekasehhh.

Nuffnang tak menang tangan sekarang woh. Pepandai je aku. Haha.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Dugaan di Bulan Ramadhan : "haha.. kesian u. nape x sahur roti plus tuna, or goreng la nasi ke.." - peek-a-boo


Nota: ehem-ehem. ada update. SILA BACA ENTRI INI.




Tuesday, July 27, 2010

Cashout Pertama Nuffnang setelah Lebih Setahun Blogging


Heh. Tajuk terpanjang aku rasa untuk semua entri di R4T yang pernah wujud. Saja buat entri ghope ini untuk diabadikan sebagai kenangan. Bila dah kaya berjaya nanti boleh imbas kembali susah payah dulu-dulu ye tak.

Mana tau boleh juga tunjuk pada cucu cicit sambil berkata "Inilah cashout pertama nenek masa blogging zaman muda-muda dulu. Walaupun ciput tapi rasa gembira sangat-sangat." Kikiki.


Aku mula menjebakkan diri ke dalam kancah Nuffnang ni pada tahun 2009. Bukan dengan R4T sebab aku ada belog lain sebelum ni. Tak payah tau la belog mana, bukan best pon.

Earning pertama sebanyak 5 kupang yang aku dapat ialah dari ads Kakis Contest Earth Hour. Masa tu punyalah berkobar-kobar semangat aku nak blogging. Hari-hari perah otak cari idea nak tepek entri.

Sampailah satu tahap aku dah mula bosan. Masa tu belum kenal gengblogger, belum kenal redmummy. Terhenti sekejap perjuangan aku sehinggalah terbuka hati untuk kembali blogging lepas dapat galakan dari kekanda dan melihat kejayaan RM.

Akhirnya, terbinalah belog yang u ols tengah baca sekarang. Sayang belog ini ketat-ketat woh!


Blogger yang selalu cashout mesti dah muak baca email ni. Aku first time dapat ni menjadi jakun tahap gaban. Hee. Tak sabau nak dapat cek pulak sekarang ni.

Jumlah earning jangan tanya. Ciput je tapi Alhamdulilah, ada rezeki aku.

Blog Pilihan Hari Ini
SoMe BuLLeT FoR YoUr HeaD

Entri Belog Lawak Kegemaran : "tu la pasal tulis tajuk pun dah 100+ komen bhahaha..anal mat nor sggh, eh silap anak haha" - mijae