Belog Ohsem: Award

Jom selongkar

Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

Anugerah Pengkomen Terbaik


R4T dikurniakan anak award lagi dan kali ini dari seorang blogger yang kreatif in designing. Aku sangat mengagumi bakat yang ada pada diri dia. Terima kasih Tengkorak Emas a.k.a TE kerana sudi memanjangkan award ini kepada R4T. Sangat terharu. Sobb..sobb..


4 sebab kenapa aku selalu bertenggek di belog TE:
  1. Beliau sangat kreatif dalam designing. Tak percaya pegi hendap sendiri hasil grafik dari beliau.

  2. Entri TE semua menarik dan berinformasi. Kalau ke sana pasti akan bawa balik ilmu baru. Yang terbaru TE ada cerita pasal eksperimen sains yang beliau lakukan sendiri. Nak baca? Jom kelik 'Tengkorak Emas Buat Eksperimen'.

  3. TE tarak sombong punya olang. Beliau juga aktif dalam aktiviti membalas dan meninggalkan komen. Terbaiklah!

  4. Beliau pandai main rubik. Jom berguru dengan dia. Aku suka main benda alah tu tapi tak pernah pass. Terasa looser gila. Nasib baik dia ada buat tutorial.


Ini gambar beliau masa dapat award ni. Siap dapat naik pentas lagi. Kelas gitu. Hee. Ok, next nak kena bagi pada blogger lain pulak. Aku pilih 10 top commentator bulan ini untuk menerima award 'Anugerah Pengkomen Terbaik'


Top Commentator Oktober

  1. ardinihumaira
  2. Weeda
  3. gnesop.com
  4. Azman Roslan
  5. tengkorakemas
  6. belalang hijau
  7. Mr PenyuBiru
  8. Sylarius
  9. aliesha kirana
  10. Faiz
Hee. TE dapat balik award ni sebab dia pun salah seorang pengkomen terbaik R4T.

<< NANG kalau suka! Tqvm :)





Tuesday, September 7, 2010

Sebemban Awards Sekembang Hidung


Beberapa minggu lepas termasuk semalam aku dapat mesej di peti potpet-potpet dari readers kesayangan R4T mengatakan ada awards untuk aku dari mereka. Maaflah terlambat ambil sebab dah nak raya ni kehidupan lebih sibuk di dunia realiti. Eceh!

Pertama, sekalung pernhargaan buat sedari Nadia kerana sudi panjangkan award comel ini:

Nadia kata semua penerima award ni adalah belog yang dia hari-hari baca. Oh! tergaru terharu maks! Hee. Ekceli belog cik Nadia pun hari-hari aku menempek sebab seronok baca cerita hidup dia. Kalau nak tahu, beliau dapat interview dari Nuffnang untuk jawatan Blogger Relation yang NN keluarkan tu. Best kan?

Kedua dari sedara Tengkorak Emas (TE) yang sangat amat very the creative! Suka juga menempek di belog beliau sebab banyak mende alah comel. Ini sebemban awards dari beliau:

Ekceli ini yang dah siap edit, yang sebenarnya award ini diterima dari beberapa blogger lain. Feymes gitu!

Terima kasih daun keladi kepada sedari Nadia dan sedara TE kerana berjaya mengembangkan hidungku ke tahap maksimum bulan ini.

Adeh, lupa lagi nak beli gerobok untuk awards R4T. Lepas rayalah!




Friday, August 27, 2010

My Unique Blog


Rumah 4 Tingkat dapat award istimewa dari tuan belog
Riwayat Hariku, tak lain tak bukan bro Sop. Kembang kempis aku baca komennya tentang R4T. U ols nak baca jugak? Nah bacalah:

"Blog R4T dimiliki oleh Kie-yu iaitu seorang gadis yang sangat aktif dalam dunia blogging. Sop mula mengenali beliau di alam blog apabila beliau rajin meninggalkan komen. Boleh dikatakan setiap entry baru beliau akan terjah dan meninggalkan komen yang membina. Apabila sesi blogwalking, rupanya blog RH antara puluhan blog yang beliau lawat dan tinggalkan komen." [baca lagi]

Ada lagi bro komen tapi u ols pergi kelik link tu untuk baca sepenuhnya. Saja nak bagi saspen sikit. Hee. Meh tengok award yang aku dapat dari bro Sop:

Hamboi comeynyeeee... menatang apa ntah yang suka benor tu. Kena dengan nama award - Unik! Mekaseh daun keladi bro. Aku sangat tergaru terharu kerana dalam banyak-banyak blog yang ada bro pilih R4T. sob sob sob.. *kesat air mata*

Belog Riwayat Hariku juga sangat unik pada mata aku. Banyak informasi berguna yang boleh kita dapat dan yang paling penting tiada 'bahasa rempit' digunakan dalam penulisan beliau. Kalau terjemah guna google translate pun tiada masalah. Universal gitu!

Macam biasalah, award selalunya guna konsep tag mengetag jadi aku nak pass juga kepada 1 blog yang bertuah. Berjam jugak lah jenuh dok fikir mana satu blog yang nak dipilih sebab semua blog yang aku follow memang the best!

Setelah dihitung, ditimbang, ditambah, ditolak bahagi, aku memilih belog ini sebagai penerima award seterusnya:


Kidnap lagi banner beliau. Mintak izin ye sygs!

Tak payah kenalkan kot sebab u ols mesti dah kenal dengan tuan punya banner ni. Komen aku tentang blog ini:
  1. Entri yang dihasilkan sangat dekat dengan pembaca. Maksudnya setiap kali dia menceritakan sesuatu takdelah berat sangat/complicated sampai tak tidur malam dok fikir.
  2. Dia rajin review produk-produk yang beliau sendiri dah cuba dan cara penulisannya sangat mempengaruhi pembaca. Salah seorang pembaca yang sangat dan selalu terpengaruh adalah aku! Ada potensi jadi promoter la dear. *winks*
  3. Tuan belog sangat menjaga hubungannya dengan pembaca. Tak hairanlah nama belog beliau ada dalam bloglist kebanyakan blog lain. Setiap kali tak dapat tunaikan sesuatu permintaan pembaca beliau minta maaf berkali-kali walaupun pada aku bukanlah besar sangat kesilapan itu. Semua kena ingat yang nobody is perfect ok!
  4. Salah satu keistimewaan belog ini ialah giveaway yang tak putus-putus. Murah rezeki tuan belog ini. Setiap minggu ada giveaway dan semua ini dilakukan kerana melahirkan rasa penghargaanya kepada pembaca. Ini point yang sangat unik!
dan banyak lagi keunikan lain yang u ols boleh nampak sendiri kan? Kepada u ols yang belum pernah landing di belog ini jemputlah ke:

www.ardinihumaira.com

Ekceli award ni kena tag kepada blog lain, tapi disebabkan dni tengah super busy dengan test aku kecualikan beliau. Heee. Boleh gitu? Sesuka hati je kan. Tapi kalau dni ada masa nak tag orang lain silakan ye. Jangan malu-malu.

Hari ini sambutan nuzul Quran. Alhamdulilah, kita masih lagi berpeluang menyambutnya.