Belog Ohsem

Jom selongkar

Tuesday, November 2, 2010

Kalau Berpacaran - Altimet, Ana Rafali & Sohaimi Meor Hassan


Lagu Kalau berpacaran nyanyian Ana Rafali featuring Sohaimi Hassan & Altimet ni kerap kali diputar
belitkan kat stesen radio era.fm. Lagu ni best sebab liriknya catchy dan muzik yang cool gila. Meh dengar jap:




Laju nau liriknya berjoget. Nak copy tak sempat yek. Nah aku bagi siap-siap untuk u ols. Lepas ni boleh nyanyi-nyanyi sambil layan traffic jam balik kerja kan? Hee.

Lirik Lagu Kalau Berpacaran Altimet, Ana Raffali Dan Sohaimi Meor Hassan

Sohaimi Mior Hassan:
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali:
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet:
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

Sumber: liriklagumuzik.co.uk

Lagu yang ada mesej tersendiri dan aku rasa sangat relevan dengan isu semasa sekarang ni. Tak gitu?

Best kan? kan?

<< NANG kalau suka! Tqvm :)




Header Baru ardinihumaira.com


Kalau masuk ke belog dni jangan terkejut tengok header baru belog dia tau. Cantik woh! Warna-warni dan nampak ceria macam tuan punya belog. Sesuai sangat. Masa entri ni ditaip dni tengah guna header yang ini:




Hee. Kenapa aku cakap gitu? Sebab dni ada 3 lagi header lain yang akan diganti mungkin setiap minggu (kata dni lahh). Semua header tersebut comel-comel tau. Jelesh ai! Nak tengok header lain yang mungkin bersilih ganti boleh pergi ke sini


Membebel panjang sampai terlupa habaq kenapa tiba-tiba dni tukar header baru. Ekceli dia dapat hadiah dari kawan blogger beliau iaitu cik Weeda. Kreatif tau cik kak sorang ni. Belog dia pun cun. Pergilah jengah sekejap kalau nak tengok.

Oh ye, kalau u ols berminat nak glamerkan belog / blogshop masing-masing boleh juga beriklan di ardinihumaira.com. Serendah RM5 tapi sangat berbaloi kerana trafik yang sangat marvelous. Aku dah pernah beriklan di sana selama 2 bulan dan bercadang untuk menyambungnya bulan depan.

Trafik terkini ardinihumaira.com (September 2010)

Kawan blogger kesayangan R4T. Hee.