Belog Ohsem

Jom selongkar

Monday, November 1, 2010

Pengumuman Rasmi Top Komentator Oktober 2010


*drumroll*


Aku sebagai admin Rumah 4 Tingkat dengan berbesar hati ingin mengumumkan 10 blogger yang tak jemu-jemu memberikan komen yang bernas dan kebaboom sepanjang bulan Oktober lepas. Tahniah dan sekalung penghargaan dari R4T.

Ehem..cekidout mana tahu muka u ols ada enterframe boleh claim $$$ woh!

Top Komentator Oktober
  1. nurezzat
  2. ardinihumaira
  3. gnesop.com
  4. Mr PenyuBiru
  5. Sylarius
  6. Weeda
  7. Faiz
  8. belalang hijau
  9. KaiZeN SHiNoBi
  10. tengkorakemas

Seperti yang dijanjikan cenderhati hanya diberikan kepada 3 top komentator manakala 7 blogger lain akan berada dalam blog list 'Mesti Singgah'. Rajin-rajin singgah dan komen sebab R4T penuh dengan surprise! Mana tahu bulan depan up 10 pemenang pulak. Haaa. Kot ada yang bermurah hati nak jadi sponsor, kecil tapak tangan litar F1 aku tadahkan.


Jadi kepada sedara-sedari yang berada di tangga 3 teratas boleh emailkan fourth[dot]floor424[at]gmail[dot]com dengan subjek 'Saya Top Komentator Bulan Oktober di R4T' bersama maklumat berikut:

Kalau mau cash money: No akaun bank, Nama pemilik akaun, Bank pilihan (Maybank/CIMB/Bank Islam)

Kalau mau topup: No telefon, Nama

Semua email hendaklah sampai di peti fourth[dot]floor424[at]gmail[dot]com sebelum 7hb November 2010 jam 00:00 untuk mempercepatkan proses pemberian cenderhati. Walaupun nilai cenderhati tak seberapa tapi ini adalah sebagai tanda penghargaan dari R4T.

psst..ada orang kata aku nak jadi troll queen. Tak kisahlah nak kata apa yang penting niat di hati. Kalau baik niat kita maka baiklah hasilnya. Dan yang lebih penting jika kita berkongsi rezeki maka Allah akan melipat gandakan rezeki kita. Tak gitu?

*majlis penyampaian hadiah tiba-tiba bertukat ke ceramah motivasi'

Tahniah kepada u ols! Semoga ukhwah kita akan lebih teguh.

<< NANG kalau suka! Tqvm :)




Kaki Artis Berkurap? Jengjengjeng


Wah! Pagi Isnin dimulakan dengan entri gosip-gosip boleh? Saja nak ambil mood untuk menjalankan rutin kat office. Kalau serius sangat ngantuk pulak nanti. Tajuk pun ala-ala hot gitu! Ekceli semasa kegiatan belogwalking dijalankan pagi ni aku ada masuk satu belog cerita pasal artis. Ada satu entri yang menarik perhatian aku sebagai kaki gosip ni. Itu pasal aku suka belogwalking! Hee.

Sumber: suarapeople.com

Jengjengjeng.. Kaki siapakah ini? Dalam entri tersebut ada cerita tentang pemunya kaki yang 'cantik' ni tapi aku tak naklah revealkan siapa. Ehh..nak tahu jugak ke? Oklah, aku bagi klu lepas tu pandai-pandailah u ols teka sendiri. AMARAN: Jangan komen nama artis yang u ols fikirkan. Tak baik tabur fitnah tau. Dah teka dok diam-diam.

Artis ni tentulah wanita sebab boleh nampak dia pakai heels kan? Dan pastinya cik kak ni muka lawa dan laku di kaca tiwi. Last but not least, dia pernah muncul dalam iklan 'Breeze'! (mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai)

Hah! dapat agak siapa tak? Kalau dapat diam-diam sendiri sudah ye. Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal kaki kurap cik kak ni tapi nak mengingatkan sesama kita da juga diri sendiri yang kebersihan tu adalah sangat penting. Bukan artis je yang nak kena jaga tapi kita yang tak glamer ni pun sama ye.

Memetik artikel dari hygenexpert.co.uk:

"Maintaining personal hygiene is necessary for many reasons; these can be personal, social, for health reasons, psychological or simply as a way of life. Essentially keeping a good standard of hygiene helps to prevent the development and spread of infections, illnesses and bad odours."

Sumber: etsy.com

Dalam entri tersebut juga ada bagitau dek kerana kakinya terkantoi ada aksesori, habis gamat satu forum bantai dia. Ishh..orang kita ni pun satu. Kalau tak suka tak perlu rasanya sampai nak berforum atau create group facebook 'Kami Anti _________ (sila isikan nama artis yang u ols meluat)' Semua tu buang masa dan pahala je. Betul tak?

Baik layan aktiviti blogging sambil belogwalking. Boleh tambah ilmu sambil bergossip sorang-sorang. Renung-renungkan dan selamat beramal!


Kalau dah jadi artis semua benda nak kena jaga sebab semua benda orang pandang.

<< NANG kalau suka! Tqvm :)