Dugaan di Bulan Ramadan | Belog Ohsem

Jom selongkar

Sunday, August 15, 2010

Dugaan di Bulan Ramadan


Semalam satu hari suntuk aku tak online macam selalu. Ini semua gara-gara terkena keracunan makanan sewaktu bersahur pagi Sabtu lepas.
Masa pergi bazar Ramadhan petang Jumaat, aku beli nasi beriani dengan mee rebus. Ngap nasi beriani sebungkus perut terus kenyang jadi mee rebus tadi aku spare untuk sahur. Bangun pagi panaskan kuah dan selamat masuk ke dalam perut aku. Burrpp.. Alhamdulilah.

Tengah syok mengemas tiba-tiba perut meragam, maka berlari-lari anaklah aku menuju ke tandas. Perut punyalah memulas, tengok paip air pun dah berpusing-pusing. Dalam tengah termenung tu aku boleh teringat dialog cerita P.Ramlee..

"Heeeeiii..Hang Jebat..Lebih baik kau turun..Jika kau tak mau turun..Biar aku naik ke atas..Bukan kau tak tahu..dah berapa lama aku tunggu..masuk kali ini dah tujuhhhhh kali aku terkucil..." - Sudin


Hahaha. Tak senonoh betul kau ni. Eh tapi serius, memang merana aku seharian menahan sakit. Sekarang ni pun perut rasa semacam tapi puasa tetap puasa ok. Malas aku nak ganti-ganti nanti. Selagi larat aku tahankan aje.

Sebelum aku merapu lagi jauh meh aku nak kongsikan hasil pencarian aku tentang keracunan makanan ni. Semoga menjadi panduan buat kita bersama. Masa berpuasa inilah kita kena jaga kesihatan sebaik mungkin. Ye dok?

Tanda-tanda jika anda keracunan makanan:
  • Loya dan muntah
  • Memulas dan sakit perut
  • Cirit-birit
  • Kadangkala demam dan kesejukan
Semua yang ada dalam senarai complete set aku dapat kecuali muntah. Berapa kali pergi tandas aku lupa pula nak rekodkan. Kalau tak boleh challenge u ols sapa lagi banyak. Hee.

Sedikit info untuk amalan sihat bagi mengelakkan keracunan makanan:
  • Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan
  • Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih
  • Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak
  • Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk
  • Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.
- Sumber: forum paramedik

Dalam kes aku ini makanan yang aku dapat bukan dari majlis perayaan atau kenduri tapi bazar ramadan. Aku simpan makanan tu semalaman dan panaskan masa nak sahur. Bungkusan makanan tu aku boh atas meja dan mungkin inilah puncanya. Segala tok naduk bakteria dah hinggap malam hari dan aku sedap-sedap ngap pagi tu. Padan muka aku. Eh, padan muka adik aku sekali sebab dia pun makan sama. Hahaha. Keji betul perangai.

Akhir kata dari aku yang dah terkena, jagalah kesihatan perut masing-masing. Selamat berpuasa hingga hujung Ramadhan. Nak tips lebih untuk jaga kesihatan moh ke sihatselalu.com.my

Ada tak yang senasib dengan aku. Meh habaq dalam kotak komen.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Jom Join Contest : Gift to the Lucky Person : "good luck sayang!!" - ann



No comments: