Why Smartphones can be Dumbphones | Belog Ohsem

Jom selongkar

Wednesday, May 19, 2010

Why Smartphones can be Dumbphones


Ada apa dengan smartphones? Eh, mestilah macam-macam ada. Dah nama pun 'smart'kan. Zaman sekarang ni, pelbagai model sudah berada di pasaran. Dari yang berjenama Blackberry (oh! mengancam) sehinggalah ke jenama Blueberry. (ada juga kan?)

Jadi semua orang berlumba-lumba nak memiliki segala macam jenis telefon pintar yang ada. Mahal belakang cerita yang penting tangan sudah menggenggamnya. Terlintas satu pepatah, 'Biar papa asal bergaya'. Biasalah tu kan. Okeh, misi mendapatkan telefon pintar telah pun berjaya. Hasil ikat perut berbulan-bulan sudah menampakkan hasil tapi terasa masih ada kekurangan. Apa agaknya ye?

Smartphones idaman hati setiap insan -
[http://digi.nuffnang.com.my/2010/05/10/break-free-with-digi/]

KES 1
Dalam kocek seluar ada smartphone tapi masih lagi mencari PC / laptop untuk membalas email, bersosial di Facebook, menghantar khabar di Twitter. Tak tahu rupanya telefon kesayangan itu boleh buat segalanya hanya di atas tapak tangan. Kasihan.

Berat nih. Smartphone dah jadi Dumbphone!


Gambar hiasan - [images.google.com]

KES 2
Seminggu pakai smartphone memang tak menang tangan. Mata liar mencari function yang ada pada telefon. Oh, Terlalu banyak keistimewaan yang dijumpai. Seronok!

Orang kata, guna smartphone boleh update status di FB / Twitter, boleh layari youtube, boleh cari maklumat di encik google. Lama-lama mula jadi serba tak kena, bil bulan ini melambung sampai ke langit. Tak larat nak capai dah. Aduh, nak kena ikat perut lagi ke. Akhirnya telefon yang bermacam-macam function kembali menjadi telefon bimbit biasa.

Sangat sesuai dengan tajuk entri. Ohlalala~


KES 3

Setiap bulan berhabis beratus ringgit untuk membayar bil telefon bimbit. Sampai satu tahap nak tukar kepada talian yang lebih menjimatkan. Jalan-jalan di pasaraya bertembung dengan promoter dari syarikat telekomunikasi yang menawarkan macam-macam pelan pascabayar sampai pening nak pilih mana satu.


Jadi, inilah masanya untuk mencari pilihan yang lebih bijak! Tak perlu pening kepala atau berhempas pulas memikirkan mana satu yang baik sebab yang satu ini memang terbaik!

Jangan cakap banyak lagi, jum bertukar ke
DG Smart Plan dan selesai semua masalah. Dengan serendah RM68 sebulan anda boleh menggunakan internet tanpa had dan terokai potensi yang ada pada smartphone anda tanpa was-was. Untuk maklumat lanjut tentang pelan pintar ini, sila klik link ok!

Klik bagi gedabak! - [DG Smart Plan]

Oh! ada satu berita baik. Nak sertai DiGi Break Free Party? Take note info ini:
Tarikh: 29 Mei 2010 (Sabtu)
Masa: 6ptg – 10mlm
Tempat: Ecoba, Lot No. B-G-02, Level 1 Menara Bata (Tower B), PJ Trade Centre, No. 8 Jalan PJU 8/8a Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya (Sila klik sini untuk pelan lokasi)


Break free with DiGi!! -
[http://digi.nuffnang.com.my/2010/05/10/break-free-with-digi/]

Entri ini khas untuk menyertai promosi DiGi Break Free di Nuffnang.com.my.


12 comments:

Unknown said...

Wow!best pulak contest Nuffnang ni!macam kena cuba jer ni..he..he..

Mrs. Q! said...

Lepat Pisang :
mmg best! mehla cuba~

farah, s. said...

huhu betul betul betul!

MizShuai said...

best entry to promote!

good2!

http://awektocang.blogspot.com

Shahrul Yusof said...

Secanggih-canggih smartphone, dia tak bole challenge dengan Nokia 1202 dari segi kepantasan menaip mesej dengan keupayaan menjadi lampu picit.

Mrs. Q! said...

Awek Tocang :
hee. tenx fren!

Sylarius :
hahaha. agak setuju dgn anda. ada point di situ~

.::WaNiE::. said...

good luck

.aira. said...

haha, memang kadang2 canggih sgat sampai taktau kegunaan nye ouh

semalam usha2 blackberry papa
rupe2 nye bole berfungsi as mouse kat lappy,
bngge pulakk.,
kesian betol diriku ini, haha

jempot lihat blog ;)


tanda-tanda lalulintas cinta

gnesop said...

good luck to u too

Loq said...

Ikut je cara aku,guna phone lama.Yang takda fungsi gprs pun.haha.Hanya boleh call dan sms.Duit tak membazir dengan package meraban dan masa tak dibuang dengan aplikasi2 yang tak munasabah

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

nice posting.. =)

yours
SH

Mrs. Q! said...

to all:
tenx sbb bce entri & komen ;)